Pengunjung Tegar

Kata-Kata Semangat

more Quotes

Perhatian

ADA GAMBAR DI DALAM SESETENGAH ENTRY TELAH HILANG AKIBAT KESILAPAN DARI TUAN BLOG SENDIRI. SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI. HARAP MAKLUM.

Wednesday, July 29, 2015

Trip To Perhentian Besar - Day 4







Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye peeps.

Ini entry terakhir untuk trip ke Perhentian Besar secara solo.
Mihihihi.
Last day kat sini, boat ke Jeti Kuala Besut jam 4pm.
Tapi kena checkout sebelum 11am.
Mereput laa nak tunggu sampai jam 4pm kan.
Kenapa tak amek boat 12pm?
Sebab Shida setel dive course petang, so nak sesama jumpa kat jeti nanti amek laa boat jam 4pm tu.

Aktiviti sebelum pulang biasa laa just melepak kat sekitar Bayu tu sambil online.
Wifi free kheeeennnn.
Awal awal tu Didi tak berapa bz, so dia mai teman i melepak.
Mujur jugak ada dia.
Tak laa hambar sangat.

After 12pm, dia dah start bz so i lepak sorang sorang jaa laa.
Lunch siap siap kat cafe Bayu, order nasi goreng kampung.
Okay laa jugak rasanya tapi i makan tak habis pon.
Huhuhu.
(=___=)"

Sebelum nak naik boat, i contact Boy dulu untuk kompemkan kat dia yang i dah tunggu boat kat jeti depan Arwana.
Tapi boat sampai lewat sikit.
Bila dah sampai jeti Kuala Besut, kebetulan Shida pon sampai waktu yang sama.

Mula laa misi mencari bas ke Kota Bharu sebab i nak naik bas balik Taiping kat sana.
Tapi malangnya takda pon bas nak ke Kota Bharu.
Maybe dah terlepas kut.
Huhuhu.
Time tu dah start buntu dah sebab kalau nak naik teksi, depa charge rm60.
Rasa tak berbaloi pulak.

Tapi Shida telah menyelamatkan i.
Shida cakap maybe boleh tumpang van geng diver yang nak balik ke KL.
So kitorang pon p laa jumpa depa and btau apa yang dah berlaku.
Alhamdulillah, seat banyak kosong dan depa kata okay boleh tumpang, just bayaq kat depa rm15 kut.
Tak ingat dah.

So sampai KL awal pagi, i turun kat Hentian Duta dengan salah sorang geng diver.
Then kitorang pon terpisah kat situ.
Sementara nak tunggu kaunter tiket bukak jam 8.30am, i melepak kat ruangan menunggu.
Mujur ramai orang, tak laa cuak sangat.

Masa dok melepak tu, kawan i si Zharif mesej cakap nak datang, katanya boleh breakfast sekali sebelum dia ke tempat kerja.
I on jaa tapi paham paham laa time tu memang selekeh gila.
Hahaha nasib laa.

Bila Zharif dah balik, i sambung melepak sampai laa kaunter tiket bukak.
I dapat tiket balik Taiping jam 8.45am kalau tak silap.
Mujur ada bas, ramai jugak yang nak balik Taiping pepagi gitu.
Mihihihi.

1st time gerak solo bercuti kat pulau.
Macam macam pengalaman pahit manis dilalui.
Dapat kawan baru.
Hanyut dek arus masa snorkling.
Takda bas nak ke Kota Bharu.
Burn tiket bas and hotel kat Kota Bharu.
Macam macam lagi laa.

Mungkin lepas neh boleh trip solo lagi, ke Tioman pulak ka nanti kan.
Eh (?)
Lalalalalalalala.
Tamat sudah entry mengenai trip solo ke Perhentian Besar.
Hope sedikit sebanyak dapat membantu kengkawan yang nak ke sana nanti.

Assalamualaikum.




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Real Time Web Analytics