Pengunjung Tegar

Kata-Kata Semangat

more Quotes

Perhatian

ADA GAMBAR DI DALAM SESETENGAH ENTRY TELAH HILANG AKIBAT KESILAPAN DARI TUAN BLOG SENDIRI. SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI. HARAP MAKLUM.

Tuesday, November 30, 2010

Majlis Perkahwinan Mubin Dan Wifey




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Selamat pagi semua.
Sihat?
Happy blogging ya uols.
Hihihi.

Pagi-pagi neh mari kita cuci mata dengan photo perkahwinan my bff.
ABDUL MUBIN
His wifey tataw plak apa nama.
(^___^)
Maaf kualiti gambar tak brapa nak bagus sebab cameraman belum cekang guna speedlite.
Jadi i terpaksa edit kasi cerah.
Sebab tu tak brapa nak clear kan.
Hmm.

Lokasi : Yan, Kedah
Photo : Arebought
Edit : Drunbella Khoo (edit bodo-bodo jer pun)













**hat Teluk Intan tu tak siap edit lagi naa. coming soon :)




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Monday, November 29, 2010

Mukadimah Lah Dulu




photo kahwin yang i pergi tangkap itu hari.
eh bukan i tapi boipren i.
yang i tangkap tu kat camera lagi 1.
tugas i edit-mengedit.
nanti i upload lagi.
(^___^)v




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

3 Hari Tanpa Kita Ada Misi




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Sorry uols sebab tak update blog.
I ada misi yang perlu diselesaikan hujung minggu lepas.
Jumaat-Ahad

Dapat job tangkap gambar kahwin.
Hahaha.
(^___^)v
Kelakar betul lah.
Tapi serius penat gila buat keje neh.
Hee.

Nanti i update serba sedikit pasal photoshoot tu naa.
Nak kena edit dulu kasi cun.
Edit bodo-bodo jer pun.
Ahaks.
--XOXO--




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Thursday, November 25, 2010

Saya Ada Peribahasa Baru




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hye kawan-kawan.
Sihat?
Hope sihat laa eh.
Sapa yang hari lahirnya harini?
Happy Birthday ya.
Have a blast.
(^___^)v

"umpama babi menggigit tanah. cacing tak dapat, tanah yang ditelan"


Amacam okayy tak peribahasa neh?
I pun tataw samada peribahasa neh memang dah wujud ataupun tak.
Encik squidward yang bagitaw semalam.
Sengal kan dia.
Hahaha.
Dia memang ngokngek sangat.

I pun tak paham sangat apa maksudnya.
Tapi encik squidward kata maksud dia macam i lah.
Eh?



photo neh i snap pagi semalam depan rumah i.
macam kat tanah tinggi kan.
berkabus.
mana taknya, malam tu hujan jer sampai nak ke pagi.
tapi syok kan.
tu kalau naik Bukit Larut mesti lagi syok.
wee.




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Wednesday, November 24, 2010

Menyicah Pelam Di Malam Hari




Sedap tak sedap tak?
Hahaha.
(^___^)v
Sila cover air liur awak yang sedang meleleh tu.
Lalalala~




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Monday, November 22, 2010

Hikmah Disebalik Kehilangan Loewy







Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Selamat hari Isnin.
Harini emosi i sedikit tenang selepas apa yang terjadi semalam.

"setiap kesedihan yang melanda, pasti ada hikmahnya. buktinya, saya kehilangan Loewy tersayang tapi tadi saya dapat buffered earning yang baru. alhamdulillah."
--Status FB semalam--

Yup betul tu.
Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Cuma cara yang Allah kasi tu berbeza-beza kan.
Tengok, i kehilangan Loewy tercinta tapi Allah kasi rezeki kepada i.
Memang laa iklan nuffnang tak sama macam kasih sayang i terhadap Loewy tapi Allah tu kan Maha Adil, Maha Segala-galanya.

Apa-apa pun i tetap bersyukur dengan apa yang Allah berikan kepada i.
Yang pergi tetap pergi.
Yang hidup kena laa teruskan kehidupan.
Biarlah antara i dengan Loewy menjadi kenangan yang terindah.
=)

Okayy, kalini i dapat lagi 1 buffered earning melalui iklan Nokia.
Baru dapat semalam.
Hati sedikit terubat laa kan.
Patutnya i dah boleh cashout sebab dah cukup rm50 tapi i ingat nak simpan dulu laa.
Ada lagi 3 buffered earning yang belum tamat.
I pun bukannya nak guna duit sangat.
(yer laa tu)
Hihihi.

TQ Nuffnang, TQ Nokia
--XOXO--




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Sunday, November 21, 2010

Loewy Dah Takda. Saya Sangat Down







Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Harini i sangat moody.
Loewy kesayangan i dah mati.

I dunno why dia mati.
Mungkin haritu mommy terlebih bagi makan sampai ada lebih-lebih dalam rumah dia lepas tu air tu macam tercemar.
Atau mungkin ulat-ulat ikan kelisa termasuk dalam rumah dia sampai dia rasa terkejut dan kena serangan jantung.
Waaaaa sedihnyaaaaaaaaaa.
T________T
Saya rindu awak Loewy.

Lepas neh i dah tak nak bela apa-apa dah.
Takut perkara yang sama terjadi macam Loewy.
Mungkin i akan ambik masa yang agak lama untuk menjaga ikan laga kembali.
Mungkin.

Loewy, maafkan saya.
Saya tak jaga awak dengan betul.
Saya tak sangka begitu cepat awak meninggalkan saya.

Okayy, i sangat down sekarang!
Migrain kembali menyerang bila teringatkan Loewy.

Rest In Peace Loewy.
I Love You.
I Will Miss You So Much.
T________T




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Saturday, November 20, 2010

Resepi Tart Telur. Video Pun Ada Neh Haa




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Hee tak habis-habis dengan tart telur DK neh.
Hahaha.
:D

Neh haa nak kasi resepi dia.
Nak ke tak nak?
Okayy laa tempek jer laa eh.
Resepi neh boleh dapat dalam 35biji taw.
Banyak tu.
Stok bawak bekal seminggu.
Agagaga.

--------------------------------------------------------------

Bahan-bahan

--untuk kulit tart--
500gm tepung gandum
250gm mentega
2 biji telur greb B (i guna 1biji gred AA)
1/3 cawan gula halus
1 sudu kecil esen vanilla

--untuk castard--
1 cawan susu cair
5 biji telur gred B (i guna 4biji gred AA)
1/3 cawan gula (nak manis boleh tambah gula lagi)
1 cawan air
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil perwarna kuning



Cara Penyediaan

--untuk kulit tart--
- ayak tepung kemudian masukkan gula halus
- masukkan mentega dan gaul sehingga menjadi seperti serbuk roti
- masukkan telur sedikit demi sedikit, esen vanilla dan gaul rata
- uli sehingga menjadi doh dan sejukkan dalam fridge lebih kurang 20min
- isi doh dalam acuan
- cucuk doh dengan garfu supaya tak menggelembung
- bakar 160-180 darjah celcius selama 15min @ kekuningan

--untuk castard--
- masakkan 1 cawan air dengan gula di atas api yang kecil
- sejukkan dalam fridge untuk sementara waktu
- putar susu cair dan air gula (tak payah terlalu kembang)
- masukkan telur sedikit demi sedikit
- masukkan perwarna kuning dan esen vanilla
- putarkan sehingga sebati dan tapis bancuhan tersebut
- tuang bancuhan castard ke dalam kulit tart
- bakar 180 darjah celcius selama 20min @ sehingga castard masak


**boleh taruk jem strawberi atau blueberi kat tengah-tengah tu before tuang bancuhan castard. tapi pastikan castard tak terlalu manis sebab jem kan dah manis. nanti kena kencing manis pulak :p

**make sure sebelum nak isi doh tu sapukan dulu acuan dengan mentega dan sedikit tepung supaya tak lekat. kang mampos tercekik sekali dengan acuan. hahaha.

**hati-hati masa nak tuang castard tu. jangan sampai terkena kat acuan. tu pun penyebab tart telur melekat jugak tu.

--------------------------------------------------------------

Kat bawah neh ada video cemana nak buat tart telur.
Bukan video i laa.
Tapi cara penyediaan lebih kurang jer.
Boleh laa nak refer kalau tak paham cemana kan.

So, selamat berjaya.
Yeah.
(^___^)v




sedap jer dia uli pakai dua-dua tangan.
hahaha.
kawan-kawan tak macam tu kut eh.
:D

Nak tengok hasil?
klik SINI okayy.




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Tart Telur DK With Love




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Wah selamat pagi semua.
Sejuk jer haa pagi-pagi neh sebab semalam hujan.
Haa semalam kan i dah janji nak upload photo tart telur yang i buat kan.
Okayy neh i dah upload.

O men.
Bebai i buat kuih neh.
Mula-mula oven tetibe tak function tengah jalan.
Then, i pulak terlupa nak on switch.
Then, resepi yang i dapat dari internet neh boleh dapat 35biji.
Pergh berdarah hidung nak habiskan semua.
Acuan ada 10 jer.
Oven ada 1.

I start buat jam 8pm.
Nak dekat pukul 12am baru nak habis.
=_=
Tapi alhamdulillah, tart telur DK with love telah menjadi dengan jayanya.
Drunbella Khoo likes this.
<3



comel tak comel tak?
hahaha.
(^___^)v
sedap neh.
less sugar i buat.


yang neh i taruk jem strawberi kat tengah-tengah tu.
bila panas dia membuak-buak.
macam gunung berapi meletus.
mula-mula ingat dah tak jadi dah.
tapi memang mabeles.
manis sikit sebab jem kan.
nasib baik castard tak brapa manis.
just nice.
=)


amacam?
tergugat nafsu tak?
neh dia punya keratan rentas.
ecewah.
:p


**nak resepi? nanti i kasi okayy. next entry, insyaallah =)




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Penangan Tart Telur




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Ohoi penat neh.
Tadi i buat tart telur seperti yang dijanjikan.

Ingatkan senang macam buat cupcake.
Rupanya punya laa lama nak siap.
I start jam 8pm.
Dekat pukul 12am baru habis.
Pergh.

Hampir-hampir fedap laa.
Tapi sebab minat punya pasal, habiskan jugak buat.
Kang membazir, tak baik.

Okayy laa nak tidur dulu.
Esok jer laa i upolad kat sini okayy.
Kepala dah pinau.
Eh (?)




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Friday, November 19, 2010

Tat Telur Coming Soon




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Sihat ke?
Mesti yang ramai pening lalat sebab banyak makan daging kan.
Hahaha.
Dah agak dah.

I boleh tahan jugak.
Sakit kepala sikit lepas tu cepat-cepat makan ubat.
Lepas tu dah sihat macam sediakala.

Hey hey harini i plan nak buat tat telur.
Asik dok plan jaa nak buat tapi tak terbuat pun.
Tapi kali i dah nekad.
Tadi i dah siap p beli dia punya bekas laa, butter laa.
Semangat kan.
Lepas neh boleh buat meniaga laa.
Wakakaka.
(^___^)v

Tak sabar nak balik kerja neh.
I biasa kalau buat cupcake ke muffin ke, selalu buat waktu malam.
Yer laa kan siang kita bz kat office.
Malam kang after dah siap buat tat telur, i upload photo kat sini okayy.
Itu pun kalau tat tu menjadi ler.
Kalau tak menjadi, i malu nak upload.
Hahaha.

Okayy nantikan tat telur DK with love.
--XOXO--



sumber : Tiffin Biru

teringin nak jadi macam Mat Gebu.
terer laa beliau.
kalau i nak buat apa-apa, selalu rujuk kat blog beliau.




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Wednesday, November 17, 2010

Happy 5th Year Anniversary Encik Squidward







Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Salam Aidiladha buat semua umat Islam di seluruh dunia.
Beraya-beraya jugak tapi ingatlah kepada mereka-mereka yang tak dapat beraya sebab kejadian banjir yang menimpa sahabat-sahabat kita di Utara tanah air.
Sedara-sedara i pun ramai kat sana yang jadi mangsa banjir.
Tapi rasanya dah surut sepenuhnya banjir tu.

Actually entry ini sepatutnya semalam punya.
Tapi memandangkan semalam i agak buzy mengupdate plan so tangguh kejab.
Ingatkan balik dari kerja nak buat lah entry neh.
Tapi hujan super duper lebat.
I pulak time tu keluar ke kedai nak beli bahan untuk buat serunding and kuah kacang.
Tapi banyak bahan dah habis.
Huhuhu.
Takpa itu i akan cerita di entry akan datang.

Entry kali neh nak cerita yang sweet-sweet jer.
Wakakaka.
Kan anniversary i dengan encik squidward.
Eh, entry kali neh agak panjang cecah lantai ya.
Btaw siap-siap takut cemuih nanti.

----------------------------------------------------------------

2005
masa tu i kat PUO sem 2. dulu i neh rajin gila p cc okayy. everyday menghabiskan duit kat cc. dalam dok banyak esemen and projek pun i sempat lagi pergi cc sebab nak bukak myspace. ya, i dulu myspace tegar okayy. hahaha :D one day, i kenal dengan seorang mamat myspace bernama syakirin. dia neh orang kedah. kawan-kawan-kawan lepastu terjumpa page member dia. nice looking haa. dalam gambar tu memang nampak cool habis. so private message kat dia. cececece. gatai naa dulu. tapi tak sangka dia pun bagi feedback yang bagus. dia approve request and kami pun kawan macam biasa. btw, masa tu i baru putus chenta dengan @#$%^&* so saja laa nak mengisi masa lapang nak cari gundik masa tu.

16.11.2005
malam tu dah janji dengan dia nak online ym. malam okayy pukul 8pm macam tu i pergi cc. mula-mula pergi dengan member. lepastu member balik tinggal i sorang kat cc. i pun dok chatting laa dengan dia. masing-masing pun dok luahkan 'perasaang' laa kan. tup-tup pukul 10.32pm macam tu kut i pun confirm couple dengan dia. wah wah wah. jumpa tak apa tak terus couple. berani betul. tapi masa tu niat i macam nak main-main jaa pun. apa ada hal kan. masa balik dari cc tu, siap ada mamat motor dok follow i dari belakang. pergh, takut siut. sampai rumah terus story telling kat dia.

2 minggu lepas tu
kami decide nak jumpa. masa tu i tengah buzy dengan submission projek model rumah 1 1/2tingkat. tapi i sempat jugak p jumpa dia kat Penang. jauh kan Ipoh-Penang tu. dah laa naik bus. i sorang pulak tu. bila dipikir-pikirkan balik ya Allah, beraninya i. so jumpa laa kitorang kat sana. dia pakai t-shirt merah time tu, dia bawak member. tak boleh blah. kesian member dia. kitorang dok berdetim, member dia dok tercongok. hahaha. 1st impression tengok dia "pergh, tinggi gila mamat neh"

ingat lagi masa 1st date tu kitorang p tengok movie 'ROCK' arahan mamat khalid. mula-mula i cakap taknak lah tengok, cerita melayu mesti bosan. dia kata kita tengok laa dulu. bila dah tengok, baru taw rupanya cerita tu super duper kelakar. 1 panggung dok asik gelak. adoi. memang tak rugi duit laa kalau p tengok cerita tu.

habis semua-semua tu, i rasa i macam makin suka kat dia. walaupun niat dulu nak couple main-main jaa. tapi makin lama makin sayang pulak (uweekksss) ahaks.

16.11.2010
5 tahun berkawan dengan dia, macam-macam yang kitorang lalui. ada yang sweet. ada yang kelat, ada yang macam p***t. gaduh tu jangan kata laa. nightmare okayy. walaupun dia neh otak gila, kelakar tapi dia neh garang. sangat garang. tapi hati dia baik. ecewah. on-off-on-off-on-off tu perkara biasa laa. tapi tak lama pun. paling lama pun 2 minggu jaa. lepas tu baik macam biasa balik. tu pun selalunya dia laa akan call konon-konon nak mintak tolong itu ini laa. alaa, cakap jer laa rindu. wakakaka. paham sangat dah dia neh (^___^)v i pun kekadang ego jugak. dia dok beletiaq, i boleh dok diam jaa, tak pay attention. mana laa dia tak hangin satu badan.

dia neh suka panggil i gary sebab i lambat bertindak. bongok kan. sukati jaa kata kita macam tu. itu pasal laa i panggil dia squidward sebab dia kurus, tengkok panjang and kepala besar. kan dah macam squidward kan. hahaha. padan muka hang!

----------------------------------------------------------------

banyak lagi cerita sebenarnya tapi tak terkeluar pulak dek akal neh.
story sikit-sikit dah laa kan.
hat lain tu simpan kemas-kemas dalam hati.
hal dalam kelambu tak baik cerita kat orang.
bhahaha.



to : Kamarulzaman bin Ahmad

aku suka kat hg dan akan suka kat hg sampai bila-bila okayy.
walaupun perangai hg kekadang macam taik tapi takpa laa aku paham hg cemana.
walaupun hg suka kata aku macam-macam, aku tetap suka kat hg.
walaupun rithu hg kata hg tak amek taw tarikh anniversary kita, haa aku sentap sat tapi aku taw hg sebenarnya suka.
buktinya bila aku tidur malam tu, hg call aku then bila aku tak layan hg, hg bebai kan.
tak sangka noh hg tunggu sampai jam 12am tu.
wakakaka.
so sweet tapi malu nak tunjuk konon.
elelele.
hmm semoga segala perancangan yang kita plan tu berjaya.

KITA ADA MISI

tu kan tagline kita.
hahaha.
cepat-cepat kumpul duit weih.
lepas tu mai masuk meminang aku naa.
aku takmau membujang lelama satg jadi anak dara tua.
hg takpa laa lelaki.
hahaha.
:D



long-long time ago.
now mana nak ada dah gambar bersama.
kerek dia sekarang.
weks.

percintaan kitorang percintaan jarak jauh.
jumpa sebulan sekali jaa.
kekadang kalau bz 2 bulan sekali kut jumpa.
dan percintaan kami juga cinta internet.
berjumpa di internet.
siapa kata cinta internet tak berjaya?
tapi tataw lagi laa sebab belum kawen kan.
yang penting jujur dan memahami each other.
no jealous-jealous.
sikit tu boleh tapi jangan lelebih.
itu jer pesanan dari DK.

Selamat Meraikan Kasih Sayang.
yeahha.
--XOXO--




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Real Time Web Analytics