Pengunjung Tegar

Kata-Kata Semangat

more Quotes

Perhatian

ADA GAMBAR DI DALAM SESETENGAH ENTRY TELAH HILANG AKIBAT KESILAPAN DARI TUAN BLOG SENDIRI. SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI. HARAP MAKLUM.

Sunday, October 31, 2010

Bukit Larut, Im In Love




Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.
Hey, harini i sangat happy.
Impian untuk menjejakkan kaki ke Bukit Larut or Maxwell Hill telah tercapai.
Tapi takda kabus pun sebab malam semalam tak hujan.
Nevermind laa.
Tapi kat atas tu lagi sejuk dari Cameron.

Walaupun pada mulanya i hanya berseorangan membeli tiket, tetapi sebaik sahaja i tiba di puncak sana, i terus dapat kawan.
Motif utama?
Sebab nak suruh diorang tolong ambil gambar i banyak-banyak.
Hahaha.
Ekceli, atas faktor keselamatan.
Yer laa, sensorang perempuan nak jenjalan atas sana.
Bahaya okayy.

Dah dah, tak nak cakap bebanyak.
Biar gambar menceritakan segala kegembiraan i di atas sana.
Kalau nak tengok lebih banyak, sila ke facebook i.
Sila cari sendiri okayy.
(^__^)v

Gambar semuanya ditangkap menggunakan Nikon D3000 dan Compact Camera Olympus.
Dah bersedia?
Here we go.
--klik gambar untuk tumbesaran--



di kaki bukit

land rover yang digunakan untuk ke puncak

dah sampai

buah apadia ntah

bunga orkid kut neh

cantik kan

rumah penginapan yang ada kat atas sana

with my new friends

bandar Taiping dari puncak Bukit Larut

bunga lagi

perspektif mata burung

titi gantung

aktiviti wajib

cafe kat atas sana

peace yaw

with my new friends again

them

so sweet kan

inilah bunga kebangsaan

with them again and again

pemandangan lagi

Bukit Larut pun ada strawberi okayy




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Friday, October 29, 2010

Maaf Saya Bizi Dengan ISO




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
O men, baru boleh online.
Pagi tadi whole day encik bos off internet.
Pasrah jer laa.

Memandangkan bosan gila dok kat office, i pun mengambil peluang untuk menyiapkan kerja-kerja yang melibatkan pre-audit ISO hari Selasa nanti.
Tapi tak siap-siap jugak.
FYI, office i dah dapat pengiktirafan SIRIM last year.
Tataw laa kut ada nama saintifik kan.
So bermula tahun neh, every end of the year, akan ada audit dari orang SIRIM.

Pendapat i laa kan, memang bagus kalau kompeni dapat pengiktirafan dari diorang.
Dah tentu laa orang luar akan salute sama kita.
Salute dengan kualiti kerja apa semua.

Tapi...
Proses untuk nak dapatkan pengiktirafan neh, boleh jadi gila jugak.
Nak dapatkannya satu hal, nak maintain pun satu hal.
I laa, korang tataw laa macam mana kan.
I rasa macam satu pembaziran pulak.
Pembaziran dari segi kertas, cartridge printer.
Hahaha.
:D

Serius membazir.
I tataw laa apa fungsi diorang suruh kita isi itu, isi ini, print itu, print ini.
Last-last benda tu kita buang.
I nak cerita detail-detail pun i tak berapa nak paham sistem ISO neh.
Tapi disebabkan i neh diberi amanah untuk handle part drawing, redha jer laa kan.

Esok nak kena sambung lagi siapkan semua yang tertangguh.
Mintak-mintak laa siap cepat.
Ahad nak bersuka ria di Bukit Larut.
O men, eksaitednya.
Berdoa agar malam sabtu hujan lebat so that pagi ahad tu akan ada kabus-kabus.
Hahaha.
(^___^)v
Baru laa boleh feel-feel macam dok kat Belanda.




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Thursday, October 28, 2010

10 Things I Hate About You







I hate the way you talk to me,
and the way you cut your hair.
I hate the way you drive my car.
I hate it when you stare.
I hate your big dumb combat boots,
and the way you read my mind.
I hate you so much it makes me sick;
it even makes me rhyme.
I hate it, I hate the way you're always right.
I hate it when you lie.
I hate it when you make me laugh,
even worse when you make me cry.
I hate it when you're not around,
and the fact that you didn't call.
But mostly I hate the way I don't hate you.
Not even close, not even a little bit, not even at all.




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Wednesday, October 27, 2010

Shopping Sampai Pengsan




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Selamat pagi.

"saya rasa bulan neh saya kurang shopping laa. patut laa saya boleh bayar duit pinjaman dan masukkan sikit dalam ASB. tahniah drunbella. awak boleh sebenarnya tak shopping. tepuk tangan untuk diri sendiri. yeay (^___^)v"
--status facebook

Betul laa.
I rasa bulan neh i tak berapa shopping sangat.
Itu hari jer beli kasut bundle.
Lepas tu dah takda.
Hihihi.


mujur i tak macam neh.
hee.

sumber gambar : google




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Tuesday, October 26, 2010

Bagi Testimoni Pun Dapat Hadiah







Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
hey hey u u.
Tadi i dapat parcel poslaju.
24jam yang lalu, kakak sophie penjual produk zamien sms i kata beliau dah pos hadiah.
Tapi i tataw apa benda yang beliau nak kasi.

So tadi abang kasi parcel tu kat i.
Bila bukak, tengok ada Crystal Facial Mask and Crystal Collagen Eye Mask.
Jujur okayy, i tak pernah pakai benda-benda macam neh.
I tak pernah pun jaga muka.
Cukup sekadar cuci muka pagi and malam.
Itu pasal laa berkerak.
Bila umur dah makin lanjut, baru laa tergedik-gedik nak jaga.
Hahaha.
(^___^)v

Malam neh nak try laa pakai.
Nak tengok apa rasa.
Hope seronok.
Kalau sesuai dengan kita, why not kita cuba kan.
Hikiks.
Okayy, see u next entry.
XOXO.




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Elektrik Dalam Badan Mengganggu Prestasi Saya




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Selamat pagi nak ke tengahari.
Hey, ingat tak dulu i pernah buat entry pasal kejutan elektrik.
Mari klik sini untuk baca.

Tadi i baca paper kosmo online.
Tapi tataw bila punya artikel neh.
Mengenai "penyakit" yang i dok hadapi selama neh.
Memang wujud rupanya.
Mari kita baca artikel tersebut.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

SUFFIAN BAKHTIAR memang terkenal dengan sifat periang dan penuh kejutan oleh rakan-rakannya. Tetapi akhir-akhir ini Suffian, 42, menyedari yang dia memang benar-benar boleh mengejutkan rakannya iaitu dengan kejutan elektrik!

Bukan sekali dua dan bukan seorang dua yang pernah mengadu mereka disengat elektrik ringan kala tersentuh lengannya. Ia dapat dilihat apabila rakannya serta-merta menarik tangan mereka.

Adakalanya Suffian turut merasai renjatan itu apabila rakannya menyentuhnya. Dia juga mengakui pernah mengalami kejutan elektrik apabila menyentuh objek besi di pejabatnya.

Sungguhpun tidak terjadi setiap kali bersentuhan, Suffian mula bimbang apabila anak perempuannya mengadu adakalanya ‘sakit’ saat tersentuh tangannya.

Suffian terfikir apakah yang tidak kena pada dirinya? Adakah ia berbahaya jika dibiarkan?

Pakar Perunding Bedah Otak dan Saraf (Neurosurgeri), Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Azmi Alias berkata, memang terdapat sistem elektrik di dalam tubuh manusia. Bahkan, jelasnya, tubuh manusia merupakan sistem elektrik paling canggih dan kompleks berbanding semua perkakasan elektronik di dunia.

Sistem elektrik pada tubuh manusia merujuk kepada pergerakan zarah yang bercas dalam sistem saraf apabila rangsangan diberikan.

Cas

Asasnya, sistem saraf terbentuk daripada neuron-neuron.

Saraf diselaputi membran dan pada dalam serta luar saraf terdapat cecair yang mengandungi bahan bercas. Mineral dalam tubuh, potasium dan sodium misalnya membawa cas positif dan kolorida membawa cas negatif.

“Dalam keadaan normal, cas lebih negatif terdapat di dalam saraf berbanding di luar saraf. Apabila berlaku rangsangan, keseimbangan itu berubah dan cas positif memasuki ke dalam saraf. Daripada reseptor ia dibawa ke otak melalui saraf tunjang dan saraf periferi,” katanya ketika ditemui Jurnal di HKL baru-baru ini.

Berbalik kepada masalah Suffian tadi, Azmi berkata, tubuh manusia merupakan konduktor elektrik dan boleh menjana tenaga elektrik namun pada jumlah voltan yang terlalu kecil.

Tenaga elektrik yang terhasil disebut elektrik statik kerana ia tidak mampu mencetuskan renjatan yang besar seperti barangan elektrik.

“Apabila seorang manusia menyentuh manusia yang lain, manusia yang mempunyai banyak cas negatif akan melantunkan cas negatifnya sekali gus mencetuskan renjatan kecil kepada manusia yang mempunyai cas pada bilangan normal atau kurang negatif.

“Begitu juga jika manusia yang mengumpul banyak cas negatif itu menyentuh objek bukan elektrik yang neutral atau positif seperti besi, dia juga boleh mendapat renjatan elektrik.

“Namun, ini sebenarnya fenomena biasa dan bukannya penyakit. Ia bukan satu kuasa atau ciri seorang adiwira. Ia sebenarnya satu situasi yang berlaku dengan bantuan persekitaran dan tabiat manusia itu sendiri,” ujarnya.

Tabiat dan suhu

Jelasnya, seseorang manusia itu dapat mengumpul lebih banyak cas negatif menerusi tabiatnya seperti gemar melakukan gesekan sama ada ketika berjalan atau duduk.

“Kulit tubuh yang bergesel dengan permukaan seperti kapas boleh menyebabkan cas negatif lebih banyak diperolehi. Ini kerana kulit manusia boleh menghasilkan tindak balas kulit galvanic apabila berlaku aruhan elektrik statik kerana tindakan seperti geselan.

“Begitu juga tabiat berjalan secara bergesek atau duduk sambil menggosok kaki atau kasut di atas permaidani yang diperbuat daripada kapas,” ujarnya.

“Suhu persekitaran yang lebih sejuk dan lembap juga menggalakkan berlaku aruhan elektrik. Itu sebabnya kejadian ini lebih banyak berlaku di Barat semasa musim sejuk atau di dalam pejabat. Kilat juga berlaku ketika suhu lembap semasa hari hendak hujan,” katanya.

Ditanya mengapa kejadian itu banyak melibatkan kawasan lengan, Azmi berkata, ia mungkin disebabkan di kawasan siku terdapat saraf ulna yang bersifat superfisial kerana tidak terlindung oleh apa-apa otot.

Namun, jelas Azmi, bukanlah bermakna semua renjatan elektrik yang berlaku dalam tubuh badan manusia ialah normal atau bukan penyakit. Terdapat beberapa kondisi penyakit yang juga mampu mencetuskan renjatan seperti elektrik.

Penyakit

Pertama ialah sindrom carpal tunnel yang berlaku apabila berlaku tekanan pada saraf median di pergelangan tangan apabila laluan cas terganggu disebabkan pembesaran tisu. Ia boleh berlaku misalnya ketika seseorang wanita itu mengandung.

“Apabila berlaku keadaan ini, pesakit perlu ke hospital untuk melakukan ujian konduksi saraf di hospital. Jika perlu, pembedahan akan dilakukan.

Penyakit kedua ialah sakit tulang belakang cakera prolaps yang mana ceper tulang belakang yang terkeluar menekan saraf tunjang. Ia boleh menghasilkan renjatan elektrik yang dinamakan radiculopathy pada kedudukan badan tertentu.

“Dalam hal ini, renjatan elektrik biasanya berlaku apabila ceper tulang yang terkeluar menghala ke arah tepi. Jika terkeluar ke belakang atau ke dalam saraf tunjang ia boleh menyebabkan kebas dan lumpuh,” katanya. Jelas beliau, kondisi pergerakan ceper tulang ke tepi masih boleh dirawat dengan ubat.

Selain itu, penyakit yang boleh menyebabkan renjatan elektrik juga ialah trigeminal neuralgia yang disebabkan tekanan pada saraf trigeminal di otak. Ia menyebabkan wajah dirasakan seperti terkena panas atau renjatan elektrik apabila disentuh angin.

Penyakit sawan juga disifatkan sebagai penyakit elektrik kerana ia berlaku disebabkan gangguan pada saraf dalam otak dan mencetuskan reaksi seperti terkena renjatan elektrik.


SUMBER : KOSMO ONLINE

--------------------------------------------------------------------------------------------------

I rasa i nak kena pergi jumpa dokter jugak laa balik kang.
Macam risau pulak.
Doakan takda apa-apa yang berlaku ke atas i ya.
T___T



sekarang neh kereta pun ada shock lock ka?
bagus laa.
takda sapa berani cuti kereta lagi lepas neh.




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Monday, October 25, 2010

Im Heartless




stay silent at least for now
(A Day To Remember)







Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Sunday, October 24, 2010

Saya Comel....Kiss Me....!!Plz




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Selamat berhujung minggu.
Apa aktiviti harini?

Harini i bangun awal sebab hantar mommy and daddy ke bustand.
Depa nak ke Kualala Lumpur tengok abang i yang no 2 tu.
Housemate beliau semalam call pukul 3am kata my brother sakit teruk.
Actually beliau baru lepas jatuh motor tapi takda laa teruk sangat.
Tapi semalam tetiba beliau sakit teruk.
Tapi mommy and daddy decide nak gerak ke sana pagi tadi.

Tadi i call mommy tanya pasal my brother.
Mommy kata kaki beliau dah bengkak-bengkak and berair.
O men takutnya.
So tadi mommy kata diorang akan balik sini dengan ambulans.
Takkan nak bawak balik abang naik bus kut kan.
So terpaksa laa melayang RM800 untuk sewa ambulans tu.
Nevermind laa.
Duit boleh dicari kan.

Okayy, neh i nak story telling aktiviti selepas hantar mommy and daddy.
Lepas jer dah hantar ke bustand, i balik rumah and bersiap untuk pergi jogging kat Taman Tasik Taiping.
Lama sangat dah tak jogging.
Pagi tadi langit macam mendung tapi okayy laa, tak hujan.
Baru jogging 1/4 pusingan, kaki dah terpeleot jadi terpaksa laa jalan jer.
Hmm.
Tak kental betul laa.

Habis aktiviti jogging, aktiviti memenuhkan perut pulak.
Tobat lapar and dahaga.
Pergi laa pekena bihun-sup-daging-bau-lembu.
Hahaha.
(^___^)v
Dalam dok bau lembu tu, ramai taw yang dok p makan.
Pelaris barangkali.

On the way balik nak ke kereta, i lalu kat gerai-gerai terpencil.
Time tu awal lagi, gerai tak bukak lagi.
Tengah dok jalan tetiba terpandang 1 paper yang dilekat kat tiang.
Macam haaaaraaaaammmm okayy.

"SAYA COMEL.... KISS ME....!! PLZ"

Hamba Allah mana laa yang dok buat kerja neh pun tataw.
Gersang sangat ke dik oi?
Hahaha.
Vandalisme betul.



comel sungguh ke?
orang comel tak perlukan publisiti murahan macam neh.
weks.




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Saturday, October 23, 2010

Barang Murah Kan Ada. Sila Berjimat Ya.




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Kamunting hujan malam neh.
Alhamdulillah.
Banyak hari dah tak hujan neh haa.
Malam neh boleh laa tidur dengan tenang.

Tadi i p pasar malam.
Niat di hati nak p beli laksa.
Tapi macam biasa terbabas pula.
Sebelum tu, harini baru laa nampak ramai orang kat pasar malam.
Sejak lepas raya haritu, pasar malam lengang jer.
Orang tak banyak jual.
Pengunjung pun sekangkang kera jer.
Agaknya orang dah dapat gaji kut.
(^___^)v

Okayy sambung balik cerita "terbabas" tu.
Tengah dok jenjalan nak ke gerai laksa tu, lalu depan gerai orang jual kasut bundle.
Sebelum neh kalau lalu macam pandang-tak-pandang jer.
Tapi tadi ternampak few sneakers yang cantik.
Hmm.
Dok fikir dalam purse ada lagi balance duit untuk minyak kereta.
Lepas beli laksa, singgah gerai kasut bundle tu.
Ada 3 jenis yang berkenan dek hati.

Nike putih+pink
Nike putih+purple
Adidas hitam

Nike putih+pink tu lawa, condition pun bagus.
Tapi bila pakai muat betul-betul.
Kang pakai stokin, memang sakit terus kaki.
So terpaksa reject.

Nike putih+purple pulak ada size.
Ngam-ngam soi.
Tapi condition dia kurang bagus.
Macam comot-comot.
So terpaksa reject jugak.

Adidas hitam paling tiptop.
Condition bagus, size pun okayy.
Jadi i decide untuk beli Adidas hitam tu.

RM35.00

Tu yang i nak beli sangat tu.
Sebelum neh memang memasang niat nak beli sneakers baru.
Sebab i takda pun sneakers.
Dulu punya dah lama lunyai.
So bila dah jumpa yang murah and bagus ditambah pulak ada duit, tunggu dok lagi.
Beli terus laa.
Bukan mahal mana pun kan.
Kat situ dah boleh jimat RM100++ kalau nak beli yang baru.
Yeay.
(^___^)v

I tak kisah barang bundle ke, barang takda jenama ke janji elok, murah dan sedap di pakai.
Itu pun dah cukup.
I neh boleh dikategorikan sebagai kaki shopping yang tegar jugak.
I kena laa bajet duit.
Kalau nak beli yang mahal-mahal nanti kang, berapa benda jer boleh dapat.
So, jadilah pembeli yang bijak ya.
XOXO



tadaa.
neh laa sneakersnya.
not bad laa.
bunga pun banyak lagi tu.




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Macam Best Jer Shout! Awards







Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Selamat berhujung minggu.
Dah lunch?
Harini mommy masak gulai ikan masin dengan terung, sambal belacan and hati lembu masak kicap.
Mabeles okayy.

SHOUT! AWARDS

Dah vote ke belum?
Kalau belum vote cepat-cepat laa vote.
Pencalonan semuanya hebat-hebat belaka.
Boleh bingung tataw nak vote siapa.

Zee Avi
Yuna
Aizat
Faizal Tahir
Farid Kamil
Maya Karin
Dato' Siti Nurhaliza
Bunkface

Haa itu antara artis yang dicalonkan mengikut kategori yang ditetapkan.
Hebat kan.
I dah kata dah.
Vote boleh dibuat menggunakan 2 kaedah iaitu melalui sms or online.
Online tu free jer tapi sms tu i tak pasti sebab i belum pernah try.
Tarikh tutup vote pada 19hb November 2010
Kalau nak p tengok Shout! Awards tu, boleh p kat Stadium Bukit Jalil pada jam 8.30pm 20hb November 2010

Hey, 20hb tu i cuti laa.
O men.
Nak p nak p.
Sesapa yang rasa nak p boleh laa p untuk memeriahkan dan menghangatkan lagi event tu okayy.
Untuk maklumat lanjut mengenai Shout! Awards, boleh klik sini.
Ataupun klik jer iklan dari nuffnang tu.
Dia akan bergedik-gedik dalam page i untuk 1 jangka masa yang tidaklah diketahui.
Uhuks.




Terima Kasih. Nanti Datang Lagi Eh :)

Real Time Web Analytics